Sunday, August 18, 2013

Tipah The Primadona.

"Kerana berlakon itu penat, abang." -Tipah

"Aku tak pernah paksa kau berlakon, Tipah. " -Bang Sudin

"Habis jika Tipah tidak berlakon siapa yang akan menanggung makan pakai abang yang hanya tahu menonton Astro channel 615 di rumah?" -Tipah

"Ah! Kalau itupun kau mahu mencatur perkiraan dengan aku, biarkan saja aku kebuluran tanpa makanan, biar saja aku berbogel tidak berpakaian" -Bang Sudin

"Ikutkan hati Tipah, mahu saja ditembak mati lelaki tak guna seperti abang, mayatnya disedekah ke kandang buaya Zoo Melaka. Tapi apakan daya, Tipah takut undang undang" -monolog dalaman Tipah

"Baiklah abang, jika begitu Tipah mahu cerai! Cerai bang cerai!" -Emotional Tipah

"Jangan Tipah jangan. Abang cuma bergurau manja sama kau Tipah. Kalau kau tiada, siapa yang akan spedo abang kelak?"- Bang Sudin

"Ah kau Sudin, aku tidak punya masa melayan gurauan tak cukup sifat kau itu. Sudah lama aku menanti saat ini. Selamat jalan romeo"- Cool Tipah

*sambil memakai aviator dan menyarung stiletto hitam*

Tipah pun berlalu pergi ke Jusco untuk beli sushi. Dah lama gila craving.

www.tips-fb.com

0 comments: