Saturday, August 17, 2013

Mereka sangat sepadan. Bak kata makcik belah abah, bagai pinang dibelah dua.

"Bak merpati dua sejoli" , bilang makngah belah mak pula.
Seperti satu perumpamaan sahaja tidak cukup menyatakan betapa secocoknya mereka berdua.

"Ish ish kalau tak mengomen bukan Melayu lah kan" --kata hati aku pula.

Makcik makcik di dapur tak habis bercerita betapa anggun kacaknya mempelai itu tadi. Dari pagi sampai malam. Mujur juga suami mereka memanggil pulang ke rumah, itupun mujur juga anak mereka lapar nasi.

Kalau tak, resah juga tuan rumah nak mencari alasan menghalau tetamu yang terlalu sesak di dapur.
"Kalau bersembang sambil basuh periuk bergelimpangan takpelah juga, ini akuuu jugak" --detik hati tuan rumah.

Kecoh hari itu kerana pengantin yang terlalu awesome.

Oh ya, aku ternampak juga gadis berkebaya hijau gelap sambil menangis berlari anak selepas merenjis pengantin awesome. Sayup sayup terdengar gadis itu berkata 'Nak jugakk nak jugakkk' --dalam sedu sedannya.

Ceh, tipikal gadis.

"Sayangg, are you coming?"
[pause]
--Eh, itu suami awesome aku sudah memanggil. Hiks

"Mak sambung basuh ye mak"--bisik aku pada tuan rumah.

www.tips-fb.com

0 comments: