Sunday, September 8, 2013

Cita-cita bakal tercapai.

Assalamualaikum.

Final semester tinggal lagi 2 hari nak mula. And guess what? Tak terlalu sedih dengan kenyataan nak kena balik Pilah. Dan keadaan ini sangatlah rare dan unik.
Entahlah, mungkin sebab ini semester akhir jadi lepasni dah tak perlu nak hadap kesedihan meninggalkan rumah kerana ini kali terakhirnya akan berhijrah kesana kemari sepertinya nomad kebingungan. Dan mungkin juga kerana tak betah duduk di rumah terlalu lama bimbang akan melayan perasaan yang boleh mendatangkan duka lara berlagu pilu, kononnya.

Memandangkan ini merupakan semester akhir, sudah terang lagi bersuluh aku akan menjadi super senior kepada adik adik dan anak anak ikan yang baru masuk mendaftar alololo tomey tomey, lah sangat.

Dan hati kecilku ini amat tidak sabar untuk catwalk di hallway yang penuh dengan junior sambil buat muka paling bengis tapi anggun, bercekak pinggang serta chin up lalu berkata lantang "Kau, kau, kau dan kau, ketepi, kerana hakak senior ini mahu melangkah ke kelas Neurobiology yang susah nuhurum itu ".
Dan terus melangkah yakin tanpa memandang ke sisi.

Angkuh bukan?
Tapi itulah cita-cita aku sejak minggu orientasi.

Sekian.
Dan jaga-jaga.

www.tips-fb.com

0 comments: