Wednesday, August 7, 2013

Of ketupat and kuah kacang.

Assalamualaikummmmm!

Enaknya tajuk entry. Kejap eh nak feeling feeling tengah melantak pagi raya .

Nyum
Nyum
Nyum
Nyum
Nyum
Nyum
BURPPPP.

Ok dah.
Mari mulakan entry tipikal hakak-hakak tiap kali raya. Setiap kali raya apa orang buat selain mentekedarah dan bermegah megah dengan baju raya sale 50% beli dekat Mydin (kerana tidak perlu bayar lebih) haritu?

Jawapannya : menziarahi rumah sanak sedara sambil membandingkan perabot dan langsir baru mereka lalu merasa moral down kerana langsir mereka lagi malatop dan bilamana Kamdar tidak lagi kelihatan berbaloi maka berazam untuk lebih up to date untuk raya tahun hadapan.

Tak lah weh, aku tak buat macam tu pun. Malahan rumah aku tak pakai langsir pun, cover tingkap pakai kain batik lepas mak aku je. Lagi afdhal yang rabak sikit, kasi pencahayaan serta ventilation. Sempoi gila iolss. Mak kau mesti tak mampu nak buat cenggini. Okay mengarut tahap minta maki dah ni okay okay.

Jawapan sebenarnya, hari raya bermaaf maafan sesama insan. Kalau kau ada kucing peliharaan yang kau selalu cerca dan hina kurapnya pun lebih baik mintak maaf awal awal. Macamlah kau tak pernah ada kurap ceh. Kalau macam aku, aku selalu termaki kucing aku sebab diorang suka main lompat lompat depan muka dan bagi aku tu tiada adab. Maka wajib dikasi pengajaran.

So sempena hari raya aidilfitri yang mulia ampun maaf dipinta ni...
*tukar posisi bersimpuh*
*berbaju kebaya*
*tersenyum simpul*
Okay bayangkan bayangkan!
Dengan ini, Nur Arifah Nasarudin nak sangat sangat mintak maaf zahir batin dengan uolss. Yela, saya (tukar kata ganti diri yang lebih sopan) ni kan manusia yang tak berapa nak baik budinya, jadi kalau ada mana mana insan yang tercalar, terlebam, tersentap dan terbroken sebab saya , saya nak mintak maapla dari hujung rambut bercabang hingga ke hujung kuku kaki yang mulus ni.

And saya pun sementara baik ni sebab setan kena ikat lagi kan, nak maafkan semua yang pernah tersilap terkasar dengan saya. Tak kirala kawan ke pakcik makcik jiran tetangga makgad pakgad uitm matrik mrsm cikgu memandu whatnot. Saya maafkan awak semuaaaaa :D
Waaa happy tak happy tak? Haha confident gila orang tak mintak maaf tetiba nak maafkan. Tak kesahlahhh sementara setan masih tiada ni dan saya tidak dipengaruhi mana mana makhluk ketiga.

Sebab, sampai mana je pun kita nak pikul amarah dan dendam kita pada orang lain. Buat penat badan sendiri, sepak terajang hati sendiri. Tak ke bengap tu? Sedangkan nabi ampunkan umat inikan pulak kita yang suka subuh bersama gajah serta rajin membiarkan Quran berhabuk.

So? Apa kesimpulan usrah Ustajah Propah harini ye anak anak?

--bermaafanlah sesama manusia selagi hayat, kerana dosa dengan manusia hanya akan langsai dengan keampunan insan itu sendiri. Wallahualam.

Salam Aidilfitri semuaaaaa!
Jangan lupa main mercun bola pastu baling kat rumah jiran yang korang tak suka bye assalamualaikum :p

www.tips-fb.com

1 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ;)